HATI ENGGAN PULANG
Penulisan : Firdaos Rawi.
Ia adalah satu tajuk yang berada dalam hati saya sebelum memulakan penulisan di sini. Selepas perjalanan kedua bumi penuh keberkatan, saya buat keputusan. Keputusan untuk menulis di sini bagi mengabadikan perjalanan rindu. Perjalanan kerinduan seorang hamba di dua tanah barakah ini. Satu tempat yang sangat dirindui setiap hamba yang beriman.
Tempat yang amat dirindui untuk bernafas di dalamnya.
Tempat yang penuh dengan sejarah perjalanan dakwah seorang Rasul yang paling dikasihi. Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam.
Perjalanan yang amat dinantikan. Sungguh, kami telah lama mengidamkan kehadiran diri kami di sini. Dan syukur tahun 2023 adalah tahun di mana Allah menjemput kami ke sini.
Semoga penulisan kecil ini, dari insan yang tiada apa-apa ini dapat membangkitkan rasa rindu kepada dua bumi penuh barakah ini. Bumi Madinah dan Bumi Bakkah.
Ya Rasulullah, kami rindu.
Ya Allah, kami sangat rindu.
Jemput kami lagi Ya Allah. Undang kami lagi Ya Rahman.
FirdaosRawi.
No comments:
Post a Comment