Saturday, January 20, 2024

LANGKAH DEMI LANGKAH UNTUK UMRAH

 TEKS : FIRDAOS RAWI


Berikut adalah langkah demi langkah atau senarai semak untuk  anda rujuk sebagai persediaan sebelum pergi umrah.

Persiapan Dokumen: Pasport dan Visa

Jika anda sudah miliki pasport dan telah luput tarikh, saya cadangkan anda hidupkan semula secara online. Ia lebih mudah. Tidak perlu beratur panjang. Anda hanya perlu layari ke laman web sahaja. Cuma ada beberapa perkara yang perlu anda sediakan sebelum ke laman web. Anda boleh lihat di sini

Pastikan pasport anda masih sah.

Semak persyaratan visa untuk umrah dan uruskan jika perlu.

Dokumen Perjalanan:


Salin tiket penerbangan, bukti tempahan penginapan, dan maklumat penting lain.

Kesihatan dan Vaksin:

Vaksinasi:


Pastikan vaksinasi anda mengikut keperluan kesihatan setempat.

Ubat-ubatan:


Bawa ubat peribadi dan resep doktor jika perlu.

Keuangan:

Pertukaran Mata Wang:


Tukar mata wang yang diperlukan untuk negara destinasi.

Wang Tunai:


Bawa wang tunai secukupnya untuk kegunaan harian.

Persiapan Fizikal dan Mental:

Pakaian:


Bawa pakaian mengikut cuaca dan keperluan umrah.

Alat Ibadah:


Bawa peralatan ibadah seperti mukena, tasbih, dan Al-Quran.

Informasi dan Pendidikan:

Pengetahuan Umrah:


Pelajari cara-cara dan rukun-rukun umrah dengan teliti.

Maklumat Tempat Suci:


Kenali tempat-tempat suci di Mekah dan Madinah.

Komunikasi dan Keselamatan:

Kontak Kecemasan:


Simpan nombor kecemasan dan maklumat penting pada telefon.

Telefon dan Peranti Elektronik:


Pastikan telefon dan peranti elektronik anda bersedia untuk digunakan di luar negara.

Pengaturan Perjalanan:

Jadual Ibadah:


Rancang jadual ibadah anda dan pastikan ada masa yang mencukupi di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Pengangkutan Tempatan:


Pertimbangkan opsyen pengangkutan tempatan di Mekah dan Madinah.

Rohani dan Mental:

Niat dan Doa:


Tingkatkan niat dan doa anda sebelum berangkat.

Pemahaman Mendalam:


Fahami makna dan tujuan di sebalik ibadah umrah.

Kesiapan Mental:


Sediakan diri secara mental untuk menghadapi cabaran dan kelebihan perjalanan umrah.

Catatan Penting:

Penting: Semak maklumat terkini dan keperluan sebelum berangkat kerana ia boleh berubah.

Semoga perjalanan umrah anda membawa pengalaman rohani yang mendalam dan memberikan berkat kepada kehidupan anda.






  

Tuesday, January 16, 2024

KRITERIA UNTUK MENJADI SEORANG MUTAWWIF YANG BAIK

 Teks : Firdaos Rawi


Bagaimana cara untuk menjadi seorang Mutawwif yang baik

1- Ilmu

2- Sabar

3- Niat

Monday, January 15, 2024

PERKARA YANG PERLU ADA UNTUK UMRAH : PASSPORT

 Teks : Firdaos Rawi


Perkara pertama yang perlu ada sebelum daftar untuk umrah adalah passport. 


Antara halangan untuk daftar passport ini adalah kalau kita ke jabatan imigrisen. Kita perlu beratur. Kita perlu masa untuk daftar. Sekarang ada cara yang sangat mudah untuk kita buat. 

Kita daftar secara online.

Namun syarat utama untuk daftar secara online adalah, anda sebelum ini memang pernah ada passport. Jika tidak pernah ada, maka anda perlu untuk daftar ke kaunter terlebih dahulu.

Bagi mereka yang sudah ada passport maka boleh untuk aktifkan semula passport dengan secara online sahaja. 

1- Kita perlu ada gambar passport. Gambar pasport boleh pergi kemana kedai gambar. Dia akan bagi dalam bentuk fizikal dan juga softcopy. Yang soft copy ini yang kita perlu masa pendaftaran secara online nanti. 

2- Buka laman web di mya online passport boleh klik sini

3- Mengikut syarat yang telah ditetapkan seperti berikut

TERMA & SYARAT

1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).

2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem.

"Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150)."

3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu

5. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:

i. Permohonan Biasa 13 - 59 tahun : RM 200

ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

6. Pemohon di bawah kategori berikut tidak dibenarkan membuat permohonan secara online (untuk mendapatkan pengecualian RM 100 perlu hadir ke kaunter)

i. Orang Kurang Upaya (OKU)

ii. Kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah

iii. Pelajar yang akan menyambung pengajian

iv. Jemaah haji

7. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

8. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.

9. Pasport pembaharuan masih sah laku atau tamat tempoh di dalam keadaan baik sahaja.

10. Buku Pasport masih sah laku atau tamat tempoh mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).

11. Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.

12. Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.

13. Permohonan yang tidak memiliki visa/pas yang sah untuk menetap di sesebuah negara, tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.

14. Permohonan yang tidak menepati mana-mana syarat diatas, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan. (No Refund Policy)

Keperluan Tambahan:

1. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

Notice

1. Sekiranya terdapat masalah untuk melaksanakan pembayaran anda perlu membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak bank.

2. Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej 'Sila Rujuk Pejabat Imigresen', bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan oleh :-

2.1 Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah nanti semasa penggunaan cap jari di pintu masuk/keluar.

2.2 Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan dalam laman web 'MyOnline*Pasport'.

2.3 Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem.




Subuh Pertama

Saturday, January 13, 2024

YA ALLAH HATIKU TERTINGGAL DI KOTA MU

Teks :  Firdaos Rawi

Kamu pernah tak ketika ada masa sebelum sampai ke baitullah. Rindu sangat ingin ke sana. Ingin jejakkan kaki ke sana. Ingin hirup udara di sana. 

Disebabkan itu, sentiasa tengok gambar. Tengok video. Semua tentang perkara yang berkaitan dengan umrah. 


Tengok mereka yang tawaf di baitullah. Perhatikan mereka yang berjalan saie di Sofa dan Marwa. 

Pendeknya, semua gambar dan video berkaitan dengan umrah dilihat. Lagi dan lagi.


Namun, bila dah sampai dan tiba di baitullah. Ternyata bukan rindu itu hilang. 

Tapi malah menjadi semakin rindu. Hendak lagi dan lagi pergi ke sana. 


Kota suci ini memang istimewa. Kalau sudah sampai ke sana, bahagia itu pasti. Bahagia itu sangat terasa. 


Ya Allah ya rob. Ya Allah ya tuhanku. Hatiku tertinggal di kota suci.

KALI PERTAMA TIBA

 Hari pertama tiba. 


Perjalanan selama lebih kurang 9 jam terasa begitu lama. Agaknya sebab hati dah mula tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke bumi bertuah. Madinah. 


"Haji hajah, sampai sahaja di airport Madinah saya nasihatkan terus sahaja ambil beg dan tuju ke pintu keluar. Di sana akan ada 2 orang ustaz yang akan menunggu Haji Hajah. Selepas itu akan dibawa ke hotel terus. Barang tak perlu angkat ke bilik. Semua akan diuruskan. Sampai sahaja pintu hotel terus masuk lif dan pergi ke tingkat M. Tingkat M ni tempat Makan Haji Hajah. Selepas itu, barulah Haji Hajah turun ke lobi untuk urusan belian Sim Kad. 


1 Simkad dengan 1 pasport."

Begitulah pesan mutawwif sebelum kami bergerak menuju pintu pelepasan penerbangan Malaysia ke Madinah. 


Sampai sahaja di airport madinah, kami terus bergerak mengambil bagasi dan masuk ke kaunter untuk urusan cek pasport.

Di sini isteri agak lama berhadapan dengan penguatkuasa  kerana cap jari tak dapat dibaca. Puas Arab berpudah itu tekan jari jemari isteri dan akhirnya lulus. 

Saya pula duk meninggi kepala mengintai apa yang tidak kena. Mujur lepas. 


Keluar sahaja pintu ketibaan kami terus disapa seorang ustaz. Berjubah dan vest team wiraSaujana. 



Monday, January 8, 2024

PERJALANAN YANG DINANTIKAN

 Teks : Firdaos Rawi

Cabaran menunggu hari yang dinantikan.

Nyawa kita adalah terlalu rapuh.
Soalan-soalan seperti,

"Sempatkah aku ke sana?"
"Sampaikah kaki aku jejak ke sana?"
"Layakkah aku ke sana?"

Menjadi igauan. Menjadi tanda tanya. 
Sesuatu yang tidak pasti. Selain itu, sebab pengalaman sebelum ini antara menjadi punca saya berfikir seperti itu.

Rancangan untuk ke sana bersama arwah ibu dan ayah dan beberapa ahli keluarga lain tidak kesampaian. Duit telah terpenuhi tetapi jika tidak diizinkan oleh Allah maka tidak akan sampai. Di situ timbul satu perasaan dan kesedaran. Ia bukan tentang duit. Kuat lagi perasaan itu apabila banyak sisi ceramah dan video yang sentiasa sebut. Ia bukan tentang duit. Ia bukan tentang kamu. Ia adalah undangan. 

Antara harap dan sangka baik, "Ya Allah, sampaikan kami ke sana."

Jadi rasa dapatkah pergi. Dapat sampaikah ke sana itu ada. 

Perjalanan dari kampung Banting dengan menaiki grab. Dalam kereta itu sudah mula timbul 1001 rasa.

Tak pasti nak terangkan macamana.  Tak tahu nak luahkan bagaimana.

Sampai sahaja di KLIA kami mengambil gambar. Ia sebagai sebuah kenangan yang terindah. Kenangan menuju rumahMu ya Allah. 


 Sampai sahaja di KLIA kami pergi ke tempat pengumpulan jemaah. Di situ kami diberikan tag untuk beg dan passport dan juga tiket untuk check in. 


Haji pergi berapa orang? Dah check in nanti dalam pukul 12.20 kita berkumpul di screen besar untuk taklimat ya. Sebelum tu Haji tu boleh cari tempat untuk berehat dulu. 

Sebelum chek in, beg kami balut di kaunter balut beg. Berjumpa dengan 3 orang anak muda. 

"Doakan kami ya bang."


"Siapa nama?"

Lalu dituliskan 3 nama seperti di bawah ini. 

1.Azzal Amaliz B Baharum

2. NAZRUL IKHWAN BIN ABAS

3. SHARIZAN

Abang-abang hadir untuk meraikan pemergian kami. 

Selepas chek in kami cari tempat untuk beli baju. Baju sejuk saya tertinggal di rumah. Kalau tak ada di sini, maka di Madinah lah saya akan beli insya-Allah. 

Selepas taklimat, kami terus turun escalator untuk pemeriksaan pasport dan juga scan barang dan badan untuk masuk ke area penerbangan antarabangsa. Kali ni kami perlu naik bas sebab train sedang dalam renovation. 

Sebelum naik flight sempat beli makanan untuk dimakan. Rasa terlalu lapar ketika ini.

Naik sahaja flight dari KLIA satu, dengan penerbangan MAS. Perasaan itu tidak dapat digambarkan. Masuk sahaja dengar kalimah Talbiah. 


Labbaikallahumma labbaik. Labbaika la syarikalaka lakabbaik. Innalhamda. Wannimata. Laka walmulk. La syarikalak. 


Tips sebelum penerbangan. 


1- Siapkan senarai semak setiap item. 
a- Pakaian
b- Keperluan perubatan
c- Pasport
d- 

Sunday, January 7, 2024

6 BULAN SEBELUM

 
Teks : Firdaos Rawi

Gambar : Firdaos Rawi

6 Bulan Sebelum Berangkat

Musim Haji.

Waktu kami lihat suasana dan keadaan orang yang pergi Haji.


"Jom pergi umrah. Kali ni kita cuba bagi jadi."
"Jom.Kita pergi umrah dulu"

"Anak-anak?"
"Itu nanti kita fikirkan macamana."

Ketika itu dah terbayang adik di Johor. Mungkin dia boleh bantu.  

Tahun 2014, kami sekeluarga pernah daftar untuk pergi. 

Saya dan isteri.

Arwah mak dan ayah.

Abangah dan isteri.

Takdir Allah mengatasi segala-galanya. Selagi Allah tidak izin, kita tidak akan sampai.

Kami terus mencari di internet. Keluar iklan-iklan dari syarikat travel yang bawa umrah. 

Terus saya whatsapp. 

Lama kemudian baru dijawab, kami belum buka lagi. Nanti selepas musim haji ni, kami maklum semula. 

Ok baiklah. 

Begitulah seterusnya perjalanan kami. 
Alhamdulillah, Allah izinkan. Terima kasih ya Allah. 



Monday, January 1, 2024

HATI ENGGAN PULANG

 HATI ENGGAN PULANG


Gambar : Firdaos Rawi
Penulisan : Firdaos Rawi.

Ia adalah satu tajuk yang berada dalam hati saya sebelum memulakan penulisan di sini. Selepas  perjalanan kedua bumi penuh keberkatan, saya buat keputusan. Keputusan untuk menulis di sini bagi mengabadikan perjalanan rindu. Perjalanan kerinduan seorang hamba di dua tanah barakah ini. Satu tempat yang sangat dirindui setiap hamba yang beriman. 


Tempat yang amat dirindui untuk bernafas di dalamnya.

Tempat yang penuh dengan sejarah perjalanan dakwah seorang Rasul yang paling dikasihi. Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam. 


Perjalanan yang amat dinantikan. Sungguh, kami telah lama mengidamkan kehadiran diri kami di sini. Dan syukur tahun 2023 adalah tahun di mana Allah menjemput kami ke sini. 


Semoga penulisan kecil ini, dari insan yang tiada apa-apa ini dapat membangkitkan rasa rindu kepada dua bumi penuh barakah ini. Bumi Madinah dan Bumi Bakkah. 


Ya Rasulullah, kami rindu.

Ya Allah, kami sangat rindu. 

Jemput kami lagi Ya Allah. Undang kami lagi Ya Rahman. 


FirdaosRawi. 



PERGI UMRAH BUKAN SEBAB KITA MAMPU

 Teks : Firdaos Rawi Ada satu video saya lihat. Amat menarik kata-katanya. Pergi umrah bukan sebab kita mampu. Yang membawa kita ke tanah su...