Hari pertama tiba.
Perjalanan selama lebih kurang 9 jam terasa begitu lama. Agaknya sebab hati dah mula tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke bumi bertuah. Madinah.
"Haji hajah, sampai sahaja di airport Madinah saya nasihatkan terus sahaja ambil beg dan tuju ke pintu keluar. Di sana akan ada 2 orang ustaz yang akan menunggu Haji Hajah. Selepas itu akan dibawa ke hotel terus. Barang tak perlu angkat ke bilik. Semua akan diuruskan. Sampai sahaja pintu hotel terus masuk lif dan pergi ke tingkat M. Tingkat M ni tempat Makan Haji Hajah. Selepas itu, barulah Haji Hajah turun ke lobi untuk urusan belian Sim Kad.
1 Simkad dengan 1 pasport."
Begitulah pesan mutawwif sebelum kami bergerak menuju pintu pelepasan penerbangan Malaysia ke Madinah.
Sampai sahaja di airport madinah, kami terus bergerak mengambil bagasi dan masuk ke kaunter untuk urusan cek pasport.
Di sini isteri agak lama berhadapan dengan penguatkuasa kerana cap jari tak dapat dibaca. Puas Arab berpudah itu tekan jari jemari isteri dan akhirnya lulus.
Saya pula duk meninggi kepala mengintai apa yang tidak kena. Mujur lepas.
Keluar sahaja pintu ketibaan kami terus disapa seorang ustaz. Berjubah dan vest team wiraSaujana.
No comments:
Post a Comment