Monday, January 15, 2024

PERKARA YANG PERLU ADA UNTUK UMRAH : PASSPORT

 Teks : Firdaos Rawi


Perkara pertama yang perlu ada sebelum daftar untuk umrah adalah passport. 


Antara halangan untuk daftar passport ini adalah kalau kita ke jabatan imigrisen. Kita perlu beratur. Kita perlu masa untuk daftar. Sekarang ada cara yang sangat mudah untuk kita buat. 

Kita daftar secara online.

Namun syarat utama untuk daftar secara online adalah, anda sebelum ini memang pernah ada passport. Jika tidak pernah ada, maka anda perlu untuk daftar ke kaunter terlebih dahulu.

Bagi mereka yang sudah ada passport maka boleh untuk aktifkan semula passport dengan secara online sahaja. 

1- Kita perlu ada gambar passport. Gambar pasport boleh pergi kemana kedai gambar. Dia akan bagi dalam bentuk fizikal dan juga softcopy. Yang soft copy ini yang kita perlu masa pendaftaran secara online nanti. 

2- Buka laman web di mya online passport boleh klik sini

3- Mengikut syarat yang telah ditetapkan seperti berikut

TERMA & SYARAT

1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).

2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem.

"Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150)."

3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu

5. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:

i. Permohonan Biasa 13 - 59 tahun : RM 200

ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

6. Pemohon di bawah kategori berikut tidak dibenarkan membuat permohonan secara online (untuk mendapatkan pengecualian RM 100 perlu hadir ke kaunter)

i. Orang Kurang Upaya (OKU)

ii. Kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah

iii. Pelajar yang akan menyambung pengajian

iv. Jemaah haji

7. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

8. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.

9. Pasport pembaharuan masih sah laku atau tamat tempoh di dalam keadaan baik sahaja.

10. Buku Pasport masih sah laku atau tamat tempoh mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).

11. Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.

12. Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.

13. Permohonan yang tidak memiliki visa/pas yang sah untuk menetap di sesebuah negara, tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.

14. Permohonan yang tidak menepati mana-mana syarat diatas, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan. (No Refund Policy)

Keperluan Tambahan:

1. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

Notice

1. Sekiranya terdapat masalah untuk melaksanakan pembayaran anda perlu membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak bank.

2. Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej 'Sila Rujuk Pejabat Imigresen', bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan oleh :-

2.1 Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah nanti semasa penggunaan cap jari di pintu masuk/keluar.

2.2 Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan dalam laman web 'MyOnline*Pasport'.

2.3 Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem.




No comments:

Post a Comment

PERGI UMRAH BUKAN SEBAB KITA MAMPU

 Teks : Firdaos Rawi Ada satu video saya lihat. Amat menarik kata-katanya. Pergi umrah bukan sebab kita mampu. Yang membawa kita ke tanah su...