Friday, February 16, 2024

AHLI KELUARGA MUNCUL

Teks : Firdaos Rawi 

HADIR MEMBERI SEMANGAT

"Assalamualaikum, ada dekat mana?"

"Dekat tingkat 2. Sebelah kaunter pertanyaan ni."

Dalam kalut kami mencari kedai untuk siap baju sejuk yang tertinggal, abanglong telefon. Tanda hadir. 

Saya tidak berharap mereka hadir, bukan kerana apa. Sebab tidak mahu menyusahkan mereka. Tetapi hadirnya mereka itu sedikit sebanyak memberi kelegaan. Tiada ahli keluarga lain yang hadir. Saya tidak beritahu sesiapa pun. 

"Biar kaki dah jejak, baru kita bagitahu."

"Ubat semua dah ada?"
"Dah ada dah, dalam beg."

"Takpe jom ikut ablong."

Sampai ke tingkat 3, ablong masuk dan pesan ubat-ubatan. 
Ubat untuk cirit birit. 
Ubat demam.

"Banyak sangat ni ablong."
"Takpe ablong belanja."

Kehadiran ablong kaklong dan abngah, jadi sedikit ubat. Teringat arwah mak dan ayah. 
Apabila bersalam, aku peluk erat mereka berdua. 
Tanda kasih seorang adik kepada abang-abangnya. 
Tidak perlu diucap. Cukup dengan tindakan. Begitulah lelaki. 

Ujian kami dalam hidup sejak dari kecil terbayang kembali. 
Terpisah seketika waktu ayah sakit. 
Ujian demi ujian.
Peristiwa ketinggalan bas waktu nak balik raya puasa ke kampung. 

"Terima kasih ablong. Terima kasih abngah."

Kami berpisah dengan lambaian terakhir. 

"Ya, Allah permudahkan urusan kami."

No comments:

Post a Comment

PERGI UMRAH BUKAN SEBAB KITA MAMPU

 Teks : Firdaos Rawi Ada satu video saya lihat. Amat menarik kata-katanya. Pergi umrah bukan sebab kita mampu. Yang membawa kita ke tanah su...