Friday, February 16, 2024

PERGI UMRAH BUKAN SEBAB KITA MAMPU

 Teks : Firdaos Rawi

Ada satu video saya lihat. Amat menarik kata-katanya.

Pergi umrah bukan sebab kita mampu.

Yang membawa kita ke tanah suci, bukan kerana Harta kita,

Bukan kerana jabatan kita,

Bukan kerana ilmu kita.

Bukan apapun yang ada dalam diri kita.

Yang buat kita boleh sampai ke tanah suci itu adalah

kerana Allah yang memanggil kita untuk bertamu ke Rumah-Nya.

Maka sudah selayaknya teman-teman, jangan ada yang disombongkan.

Jangan sombong ketika biasa sampai ke tanah suci.

Kerana sampainya kita ke sana bukan sebab harta.

Bukan sebab kaya raya.

Bukan sebab ilmu yang kita punya.

Tapi kita datang ke tanah suci sebab Allah mengundang kita untuk bertamu ke rumahnya.

Jadi dengan kita pegang kata-kata ini, kita akur kita adalah hamba Allah yang amat lemah.

Namun kita tetap berharap kepada Allah dengan pengharapan yang tinggi dan dengan keyakinan ditambah dengan bersangka baik kepada Allah.

Begitulah.

AHLI KELUARGA MUNCUL

Teks : Firdaos Rawi 

HADIR MEMBERI SEMANGAT

"Assalamualaikum, ada dekat mana?"

"Dekat tingkat 2. Sebelah kaunter pertanyaan ni."

Dalam kalut kami mencari kedai untuk siap baju sejuk yang tertinggal, abanglong telefon. Tanda hadir. 

Saya tidak berharap mereka hadir, bukan kerana apa. Sebab tidak mahu menyusahkan mereka. Tetapi hadirnya mereka itu sedikit sebanyak memberi kelegaan. Tiada ahli keluarga lain yang hadir. Saya tidak beritahu sesiapa pun. 

"Biar kaki dah jejak, baru kita bagitahu."

"Ubat semua dah ada?"
"Dah ada dah, dalam beg."

"Takpe jom ikut ablong."

Sampai ke tingkat 3, ablong masuk dan pesan ubat-ubatan. 
Ubat untuk cirit birit. 
Ubat demam.

"Banyak sangat ni ablong."
"Takpe ablong belanja."

Kehadiran ablong kaklong dan abngah, jadi sedikit ubat. Teringat arwah mak dan ayah. 
Apabila bersalam, aku peluk erat mereka berdua. 
Tanda kasih seorang adik kepada abang-abangnya. 
Tidak perlu diucap. Cukup dengan tindakan. Begitulah lelaki. 

Ujian kami dalam hidup sejak dari kecil terbayang kembali. 
Terpisah seketika waktu ayah sakit. 
Ujian demi ujian.
Peristiwa ketinggalan bas waktu nak balik raya puasa ke kampung. 

"Terima kasih ablong. Terima kasih abngah."

Kami berpisah dengan lambaian terakhir. 

"Ya, Allah permudahkan urusan kami."

PERGI UMRAH BUKAN SEBAB KITA MAMPU

 Teks : Firdaos Rawi Ada satu video saya lihat. Amat menarik kata-katanya. Pergi umrah bukan sebab kita mampu. Yang membawa kita ke tanah su...